Sutera ([su.tĕ.ra]) merupakan gentian protein semulajadi yang sesetengah jenisnya boleh ditenun menjadi tekstil. Jenis sutera yang paling dikenali adalah sutera yang diperoleh daripada kepompong yang dihasilkan larva ulat sutera kertau (Bombyx mori) yang diternak (serikultur). Rupa berkilauan yang menjadi punca tarikan sutera didatangkan oleh struktur seakan-akan prisma segitiga dalam gentian yang membolehkan kain sutera membias cahaya yang menembusinya di pelbagai sudut.
"Sutera liar" dihasilkan oleh beluncas selain ulat sutera kertau dan tidak boleh diternak. Pelbagai sutera liar dikenali dan digunakan di China, Asia Selatan, dan Eropah sejak zaman silam, cuma penghasilannya sentiasa jauh lebih kecil berbanding sutera ternakan. Sutera liar berbeza dari sutera ternakan dari segi warna dan tekstur, dan kepompong-kepompong liar yang dikumpul selalunya sudah dirosakkan oleh rama-rama yang keluar sebelum dikumpuk, maka benang sutera yang membentuk kepompong itu sudah terputus menjadi pendek. Ulat sutera ternakan pula dibunuh dengan dicelup ke dalam air mendidih sebelum keluarnya rama-rama dewasa, atau dicucuk dengan jarum, membolehkan seluruh kepompong terungkai menjadi sehelai benang yang tak terputus. Ini membolehkan sutera ditenun menjadi kain yang lebih kuat. Sutera liar pula selalunya lebih sukar dicelup warna berbanding sutera ternakan.
Adanya bukti sejarah yang menunjukkan bahawa sutera liar sedang diusahakan secara kecil-kecilan di kawasan Mediterranean dan Timur Tengah ketika sutera ternakan yang lebih kuat mula diimport dari China(Hill 2003, Appendix C). Di Terengganu, seawal 1764 ulat sutera generasi kedua diimport untuk penghasilan benang sutera. [1]
Sutera juga dihasilkan oleh beberapa jenis serangga lain, namun cuma jenis sutera larva rama-rama yang digunakan bagi tujuan pengilangan tekstil. Pernah juga dijalankan kajian terhadap sutera-sutera lain yang menampakkan kelainan dari aspek molekul. Sutera dihasilkan terutamanya oleh larva serangga yang bermetamorfosis lengkap, tetapi juga dihasilkan oleh beberapa serangga dewasa seperti Embioptera. Penghasilan sutera juga kerap diperhati khususnya pada serangga order Hymenoptera (lebah, tebuan, dan semut), dan adakalanya digunakan untuk membina sarang. Jenis-jenis artropod yang lain juga menghasilkan sutera, terutamanya araknid seperti labah-labah.
Etimologi
Perkataan "sutera" dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sutra, yang membawa erti dan makna yang sama.
Rujukan
^The Malay handloom weavers: a study of the rise and decline of traditional ...
Pautan luar
Silkworm rearing (with photos)
References to silk by Roman and Byzantine writers
A series of maps depicting the global trade in silk
Raw Silk Production and Silk Weaving[pautan mati kekal]
Skirt garis-A · Skirt balerina · Skirt Hobble · Skirt jean · Job skirt · Skirt kulit ·Kilt · Skirt pensel · Skirt poodle · Skirt Prairie · Miniskirt · Mikroskirt · Gaun dalam · Skort · Tren
Rok
Gaun · Gaun majlis dansa · Gaun teh ·Gaun malam · Pakaian hitam kecil · Pakaian jumper ·Pakaian koktel · Pakaian pengantin ·Sari · Skirt dalam · Sundres
Gimslip · Jubah rahib Buddha · Jumpsut · Kot makmal ·Pakaian akademik ·Pakaian mahkamah · Pakaian paderi ·Pakaian pagi · Rig Laut Merah · Sut Afrosentrik · Skrub · Stroler · Sut Mao · Sut seluar · Tali leher hitam · Tali leher putih · Tangzhuang ·Tuksedo
Pakaian luar
Abaya ·Anak baju · Anorak · Apron ·Baju hujan · Baju luar (overal atau dungaree) ·Blazer · Baju serkup ·Jaket · Jaket adang angin · Jaket ringkas · Jubah · Jubah akademik · Kot · Kot atas · Kot Duffle · Kot frok · Kot labuh · Kot luar · Kot opera · Kot pea · Kot trenc ·Mantel · Pakaian dalam lelaki · Ponco · Redingote · Sebai · Selimut berlengan · Sut ski ·Weskot
Afrika · Anglo-Saxon · Byzantine · Dunia purba · Eropah Zaman Pertengahan Awal · Garis masa pakaian dan teknologi tekstil ·Hanfu · Istilah pakaian ·Pakaian dalam · Pakaian rasmi · Rom kuno · Sejarah siri fesyen Barat (1100-an - 2000-an) · Sejarah pakaian dan tekstil · Tatapakaian · Undang-undang sumptuari · Vietnam · Wanita memakai seluar · Yunani