Sidang Kemuncak Kuala Lumpur

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Bahasa Inggeris:Kuala Lumpur Summit, KL Summit) adalah suatu forum yang diadakan setiap tahun yang diinisiatif oleh aktivis Islam di Malaysia yang menumpukan perbincangan dan pertukaran idea mengenai isu yang melanda umat Islam[1]. KL Summit pertama kali diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada November 2014. KL Summit adalah cetusan idea mantan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman[2] berdasarkan perkembangan yang berlaku di negara-negara Arab dan Islam. Ia berjaya mengumpulkan lebih 80 pemikir dari lebih 14 buah negara Islam. Pada awal penganjurannya, ia dianjurkan oleh ISMA bersama Yayasan Persahabatan Malaysia-Turki-Arab-Eropah (MTAEF Foundation). Pada tahun 2019, ia dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana, dan ia turut dihadiri oleh Presiden Turki, Recep Tayep Erdogan[3], Presiden Iran, Hassan Rouhani[4], Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani[5], dan Penasihat Perdana Menteri Uzbekistan, Rustam Kasimov. KL Summit akan dijenamakan semula sebagai Dialog Perdana bermula tahun 2020[6].

Sidang kemuncak tahunan

# Tarikh Negara Pengerusi Sidang Tema
1 11-13 November 2014  Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad Negara Madani dan Perspektif Islam
2 27-29 November 2015  Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad Peranan Demokrasi dalam Mengekalkan Kestabilan dan Keamanan
3 17-19 November 2016  Sudan Tun Dr. Mahathir Mohamad Tadbir Urus Yang Baik dan Peranannya kepada Kemajuan Tamadun
4 13-15 April 2018  Turki Tun Dr. Mahathir Mohamad Peralihan Demokrasi : Asas-asas dan Mekanisme
5 19-21 Disember 2019  Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad Peranan Pembangunan Dalam Mencapai Kedaulatan Negara

Pautan Luar

  • KL Summit (Bahasa Inggeris)
  • KL Forum (Bahasa Arab)
  • Facebook KL Summit (Bahasa Inggeris)
  • Facebook KL Summit (Bahasa Arab)

Rujukan

  1. ^ https://klsummit.my/about/
  2. ^ https://v2.ismaweb.net/2014/11/penganjuran-kl-summit-antara-pencapaian-besar-isma/
  3. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/640125/sidang-kemuncak-kl-erdogan-mahu-negara-islam-cari-kesilapan-sendiri
  4. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/639794/mahathir-presiden-rouhani-adakan-pertemuan
  5. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/640127/pembangunan-tonggak-negara-merdeka-berdaulat-sheikh-tamim
  6. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/640556/sidang-kemuncak-kuala-lumpur-2019-dijenamakan-dialog-perdana-mulai
  • l
  • b
  • s
Islam di Malaysia
Pentadbiran
Persekutuan
Kementerian
Jabatan
Agensi
Wilayah
Negeri
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
Sejarah
Sebelum kemerdekaan
Selepas kemerdekaan
Pertubuhan
Parti Politik
Aktif
Tidak aktif/Bubar
Diharamkan
Pertubuhan masyarakat
Bangsa
Profesional
Mahasiswa/Belia
Gabungan persatuan
Diharamkan
Kumpulan pengganas
Kehakiman
Ekonomi
Pendidikan
Kerajaan
Swasta
Kebudayaan
Hari kebesaran
Masjid Negara, Kuala Lumpur
Pakaian
Penerbitan
Tumpuan pelancong
Program dan Keraian
Media
Saluran TV
Saluran Radio
Hubungan luar
Cawangan pertubuhan
Pertubuhan negara
Antara negara anggota OIC
Hal berkaitan